Pages

nuffnang

Monday, 24 September 2012

saya

maaf saya tak pandai macam awak. tapi sekurang-kurangnya saya berusaha untuk jadi pandai. 
~ sekian ~

Sunday, 9 September 2012

Senjakala

Hujan Rahmat 


cik bearbear suka tengok hujan!

lena petangku di gangu dengan guruh berdentum dan kilat sabung menyabung. keadaan sejuk memanggil aku untuk terus menyambung lenaku yang terganggu itu. oleh kerana bajuku yang tersidai di tingkap bilikku, aku memaksa jua aku untuk bangun. tibe2 aku terpesona dengan hujan yang di turunkan oleh Allah itu leka aku dengan hujan yang sangat menarik perhatian aku. angin membawa hujan, tempias di mukaku yang tersedia ngantuk. hehe. Alhamdulillah, sekali lagi bumi Allah ini diturunkan rahmat. 
air berlari di celah2 longkang, angin berebut2 masuk melalui tingkap, pokok2 melambai2 keriangan.
(tetibe je aku nak bersastera di senjakala yang dingin yang membuat aku tak nak mandi . hahaha) 

hehehe .. saya suka hujan. hujan mean saya xpayah mandi .. hehehe 

nie doa2 ketika hujan, jika dirimu terasa kaku, kelu macam aku kat katil tadi, mencari2 sang roommate yang entah ke mana. cuak jugak bile pg cari kat dua - dua toilet tapi roommate tersayang takde. tibe2 termuhasabah diri ketika dahi bersujud d sejadah, ketika hati bertemu illahi. aku telah melukakan hati seseorang, aku telah mementingkan perasaan sendiri. 
ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini leka dengan nikmat dunia. 

eh2 .. nie doa2 .. 


1.       Doa ketika ada angin kencang

“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih.

Ya Allah ssesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.

2.       Di waktu hujan turun

Allahuma Shayiban Naafi’a

Ya Allah semog a lebat dan bermanfaat.

3.       Setelah Hujan berhenti

Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.

Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya

4.       Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana

Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.

Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat  tempat  tumbuhnya pohon.

5.       Doa ketika mendengar petir

Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih.

Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya.

Atau bias juga:

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.

Ya Allah janganlah  engkau  membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami karena siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.


ok. madam suriana cakap kalu kita ambik sesuatu yang bukan hak kita ( dalam bentuk penulisan) kita kene cite the sources sbb nnti takot empunya article original nie marah. so i buat lar . 




to my roommate :: saya tercari2 anda. bimbang dihati andai terjadi sesuatu kpd anda. =p
to my someone that i hurt :: i'm so sorry , please maafkan saya ye. saya banyak wat awak kecik aty 2,3,4 hari nie memandangkan otak saya tak dapat berfikir dengan tenang kerana terganggu dengan ST and QS . 
sayang awak semua . =D

Thursday, 6 September 2012

untuk hari ini

~~hanya aku ~~

tak susah nak susah, tak senang jugak kalu nak senang
susah nak puaskan hati semua orang nie . hopefully everything will be fine. Ya Allah, bless me for everything i'll do. Insyaallah. 

Friday, 20 July 2012

Selamat Berpuasa !!!




Wah .. Ramadhan tiba lagi. okay xde nak cakap banyak just Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak. Semoga Ramahdan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun2 lepas. Ok semua. Selamat berpuasa dan berterawih. Insyaallah . 

Share from FB : 
Jabir bin Abdillah menyampaikan petuah yang sangat bagus:

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.”

(Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, 'Sesungguhnya aku berpuasa hari ini'."

Sama- sama kita memperbaiki diri kita dan banyak2kan beramal di bulan yang mulia ini. okay. 
bye


Tuesday, 22 May 2012

~~ BULAN REJAB YANG MULIA ~~


                                DOA BULAN REJAB


Sedar tak sedar sudah bulan rejab kita sekarang ini. 
Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu Rejab pada tahun 2012 iaitu Hijrah 1433. 
Ini bermakna sebulan lebih saje lagi untuk kita bertemu RAMADHAN AL - MUBARAK . 
(Rejab.. Syaaban .. Ramadhan.. Syawal .. yea !! raya !! hihi :P)

Ini adalah peringatan kepada saya sendiri dan sesiapa yang tidak habis atau tidak mulakan lagi untuk mengganti puasa - puasa yang lepas yang tidak dapat dilaksanankan kerana keuzuran . 
So, selepas ini bersama - samalah kita puasa sunat dan ganti di bulan rejab ini kerana banyak pahala yang kita dapat dengan berpuasa sunat ini selain daripada dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. 
  
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36) 

Bulan yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

FADHILAT DI PUASA DI BULAN REJAB

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan yang dimuliakan.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Saya kongsikan bahan yang saya baca untuk anda. 
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amin. 

#bahansayacilokdiFB dan Sumber (BULAN REJABHARAM)

Friday, 18 May 2012

~ Sahabat ~

 :: Jadikan Hatiku Setabah Siti Khadijah ::



Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku..
Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat juangku.. yang saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu..

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas keredhaanMu.. Teguhnya atas cinta padaMu.. Dilindungi dari segala maksiat & hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu..
Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu....

Wednesday, 4 April 2012

FITNAH DI HUJUNG LENSA

::CERITERA CINTA::

“Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau.
Saya terkejut.Capati dilepaskan kembali ke pinggan.
“Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman.“Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau.



Seorang anak gadis yang hadir bersama ke Kuliah Maghrib saya malam itu.

Pakcik-pakcik yang sedang menjamah hidangan ringan usai ceramah dan Solat Isyak itu nampak terkejut dengan keramahan anak gadis itu. Terkejut juga dengan saya yang baru pertama kali berceramah di situ… barangkali. Saya serba salah.

“Ustaz, saya nak tanyalah. Apa tips untuk orang yang putus cinta ya?” kata anak gadis itu. Duduk bertimpuh hampir-hampir bertemu lutut mengadap saya. Hingga mengesot pakcik di sebelah memberi laluan.

“Err, saya tak pernah putus cinta. Fadhilat tidak bermain cinta barangkali. Rasanya ada belaka dalam buku-buku ini!” saya membalas ringkas.

“Pakcik, saya nak bergambar dengan Ustaz Hasrizal. Tolong ambilkan gambar kami!” kata anak gadis itu sambil menyerahkan kamera digitalnya kepada Pengerusi Surau.

Beliau segera duduk rapat. Saya pula yang segera bergerak menjauhkan diri kerana takut tersentuh beliau. Sesuatu yang tidak harus, apatah lagi untuk diabadikan dalam sebuah foto yang ‘penuh berkat’ kerana diambil oleh Pengerusi Surau.

“Eh, sekejap. Sekali lagi. Takut tak jadi pula. Nanti dah putus cinta, tambah masalah dengan gambar tak jadi!” kata Pengerusi Surau. Menyindir sambil bergurau.

“Ok, terima kasih pakcik. Terima kasih ustaz. Seronoknya saya dapat jumpa ustaz. Assalamualaikoooommmm!” katanya sambil melambai tangan kepada kami. Muka saya merah padam. Telinga pun panas. Pelbagai perasaan bercampur aduk.

MAKIN MENJADI-JADI

Sesungguhnya saya sangat tidak suka dengan perkembangan setahun dua ini apabila ramai Muslimah mahu bergambar bersama. Yang beramai-ramai itu satu bab, ini yang solo pun satu isu juga. Mahu sahaja saya tolak mentah-mentah. Tetapi tak tergamak mengaibkan dia di depan orang ramai.Sekadar memberi peringatan sahaja.

“Panggillah kawan-kawan lain,” saya cuba mengelak bergambar solo dengan perempuan.“Ehh, Shahril. Mari sini kita bergambar sama!” saya menarik tangan seorang mahasiswa untuk meneman saya yang sedang dikepung oleh muslimat. Saya tidak selesa dengan perkembangan itu. Namun kemuncaknya ialah di surau malam itu.

Seorang perempuan mahu bergambar dengan saya hingga hampir-hampir sahaja beliau menyentuh saya. Lebih memburukkan keadaan, perempuan itu menyuruh Pengerusi Surau mengambil gambar kami berdua. Saya berasa sangat malu dan serba salah dibuatnya.

“Maafkan saya tuan. Semenjak kebelakangan ini kejadian macam ini selalu terjadi. Risau saya dibuatnya,” saya cuba meredakan rasa janggal yang menimpa jemaah surau yang kaget dengan kejadian itu.

“Inilah akibatnya apabila banyak menulis tentang CINTA!” saya mahu memberikan kata kuncinya.

“Ehh ustaz, kena tulis banyak lagi tentang CINTA. Sebab cinta itulah remaja kita hancur dan murtad pun ada!” kata pakcik-pakcik itu.

Saya menarik nafas lega. Mujurlah pakcik-pakcik tersebut mempunyai perspektif yang selari dengan pandangan saya..

“Rasanya perempuan tadi tu sedang terganggu fikiran. Putus cinta nampaknya!” kata Pengerusi Surau. Mungkin juga. Saya sendiri berasa begitu.

KAMI BUKAN ARTIS

Sesungguhnya saya bukan artis, bukan selebriti, bukan juga idola atau apa sahaja yang sebahagian anda bayangkan. Saya adalah seorang lelaki, Muslim, yang bukan mahram anda dan mengharapkan ada secebis haya’ untuk bertindak sebagai benteng yang membatas tindak tanduk kita.

Jika kita mengagumi tulisan penulis, dakwah pendakwah, kolum kolumnis dan novel novelis, janganlah dimanifestasikan kekaguman itu sama dengan cara peminat nyanyian penyanyi atau lakonan pelakon, untuk bergambar bersama-sama antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana Syaitan tidak membezakan status atau profesyen kita. Dia sentiasa menjadi pihak ketiga dalam sekeping gambar yang menghimpunkan ‘kita berdua’.

Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan saya atau sesiapa sahaja. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan anda.
Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita.

Hadith-malu

    “Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]




Oleh : Ustaz Hasrizal Bin Jamil