Pages

nuffnang

Tuesday 22 May 2012

~~ BULAN REJAB YANG MULIA ~~


                                DOA BULAN REJAB


Sedar tak sedar sudah bulan rejab kita sekarang ini. 
Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu Rejab pada tahun 2012 iaitu Hijrah 1433. 
Ini bermakna sebulan lebih saje lagi untuk kita bertemu RAMADHAN AL - MUBARAK . 
(Rejab.. Syaaban .. Ramadhan.. Syawal .. yea !! raya !! hihi :P)

Ini adalah peringatan kepada saya sendiri dan sesiapa yang tidak habis atau tidak mulakan lagi untuk mengganti puasa - puasa yang lepas yang tidak dapat dilaksanankan kerana keuzuran . 
So, selepas ini bersama - samalah kita puasa sunat dan ganti di bulan rejab ini kerana banyak pahala yang kita dapat dengan berpuasa sunat ini selain daripada dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. 
  
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36) 

Bulan yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

FADHILAT DI PUASA DI BULAN REJAB

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan yang dimuliakan.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Saya kongsikan bahan yang saya baca untuk anda. 
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amin. 

#bahansayacilokdiFB dan Sumber (BULAN REJABHARAM)

Friday 18 May 2012

~ Sahabat ~

 :: Jadikan Hatiku Setabah Siti Khadijah ::



Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku..
Ya Allah, tika Kau hadiahkanku sahabat, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat juangku.. yang saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu..

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas keredhaanMu.. Teguhnya atas cinta padaMu.. Dilindungi dari segala maksiat & hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu..
Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu....