Pages

nuffnang

Wednesday 26 November 2014

Jauh itu....

Assalamulaikum 

Hati berbisik, kalam bertamu, jejari menari dipapan kekunci, jauh itu masa silam, tiada kenderaan yang boleh sampai ke masa silam, sabarlah wahai hati.

Hati, 
terlalu ketarakah kesilapan masa silammu,
Kerana pada siapa hendak hati mengadu,
Hati tabahlah menanggung dosa kesilapanmu,
Kerana hati milik seorang pendosa.

Hati,
Parah berdarah mengalir walaupun disedari, 
Ianya tidak akan mengubah sejarahmu,
Titik hitam tidak akan hilang walaupun dipadam,
Kerana hati terbekas kesan yang mendalam.

Hati, 
Jauh mana jarak kau melarikan diri,
Jauh mana kau cuba lupakan kesilapan diri,
Jauh mana kau mahu memulakan hidup baru,
Jauh mana kau mahu mencuba,
Sedarlah hati, kau seorang pendosa.

Hati,
Kesilapan seolah - olah mengejar kau,
Kejayaan seolah - olah mengejek kau,
Kehidupan seolah - olah membayangi kau,
Lantas, pada siap hati seorang pendosa mahu mengadu. 

Hati, 
Kerana kau hamba  Nya yang satu,
Kerana kau sujud pada Nya yang satu,
Kerana kau percaya pada Nya yang satu,
Ayuh hati,sucikan dirimu.

Hati,
Jika dikeji jangan dituruti,
Jika dihina jangan dibinasa,
Jika dicaci jangan membenci,
Jika dicerca jangan ditangisi
Kerana hati, kau diuji.

Hati, 
Biasakan telingamu mendengar kutukan,
Makananmu cemuhan orang,
Tidurmu berlapikan dosa silam,
Semoga ianya menjadi pengajaran

Hati,
Hiduplah dengan semangat barumu,
Hiduplah dengan lembaran baru,
Hiduplah dengan kisah yang baru,
Hiduplah dengan permulaan yang baru.

Kerana hati,
Neraca manusia tidak kemana,
Jalan yang satu menjadi pedoman,
Jangan diungkit kisah yang lama,
Semoga ia menjadi pengajaran.

Tuesday 18 November 2014

Sarcastic

Sebab pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Pepatah melayu sangatlah berguna, kiasan yang memberi manfaaat bukan kerana hidup nak cliche saje tapi itu cara orang kita. 
Walau apapun cara orang zaman dahulu no longer use. Kalau kau nak cakap tentang perasaan kau, bedal jela lantak la orang yang kau sembur tu nak rasa apa kan. who cares??? No one care. All we cares about our feeling, kenapa saya perlu jaga hati mereka sedangkan hati saya tak terjaga. Yes! Exactly that what you should think. Think Think Think ... only think about yourself and try to take care your own fragile feeling and ignore others feeling.  
Spherenya bumi kita, begitulah hidup kita. Ada naik turun, ada jatuh bangun. Dan bila berada di atas, jangan lupa memandang rumput yang melata dibumi. Ingat kita dulu pernah jatuh, pernah rebah dibumi. Mungking tempat di mana kau berdiri sekarang adalah tempat orang yang sedang rebah ke bumi, siapa tahu kan. Mungkin kau pernah rebah tersunggkur tanpa belas ihsan orang sekeliling dan bangkitnya kau hari ini penuh dengan pengalaman (harapnya pengalaman mengajar kau menjadi lebih dewasa). 
Ahhh....menulis tanpa arah ibarat sarcastic terhadap hidup sendiri atau kepada orang lain. Yes.. aku menulis tanpa arah, ingin mencurahkan sedikit perasaan di alam maya. Bukan mencari perhatian tetapi sekadar menulis untuk bacaan di masa hadapan. You can't go back to your pass because there's nothing left there and your memory will grown up with you either it hurt you or it'll make you happy. 

You may know me or my history but not my future. (So, don't predict it!)
You can judge me from my past but my future is not in your hand,
You may know my life stories but not my heart my soul,
You may say I am plastics cover with hijab, 
and you know what, I am a sinner (I'm glad you say that),
You may claim you had done with me, but I'm already over with you. 

We grown up carried with our life story, and at the end we'll remember those things we do and those things we can't do, and those thing we should't do but already became the history. 
Grown up guys, create your own story, your own way, believe in your path but remember follow the rules and not the world rules but the real rules, Islam rules Allah rules. 
And I always think 'Rules yang dibuat adalah untuk dilanggar'. 
My ustaz from Isu - isu semasa dan kontemporari class once said "Follow the rules is actual freedom" . 
Yes, we don't bending the rules. We follow the rules because our life only have one ultimate goal, Allah, Muhammad , Syurga. In sya Allah.