Pages

nuffnang

Friday 16 May 2014

Gaduh kerana RM10

Sejambak mawar, sekapur sireh, semangkuk kata, seihklas perasaan, sejujur air muka, and.... Segala Jenis se se.... lah..

Sekadar perkongsian. Manusia, Macam - macam ragam, perangai sampaikan susah untuk kita memahami setiap ragam manusia ini, Hati susah untuk difahami apatah lagi berdepan manusia bertopeng, susah sangat untuk melihat wajah sebenar. Ialah, takkan mahu membuka pekung di dada kan? 

Pernah terbaca status seorang sahabat maya di muka buku tentang jurang perbezaan antara susah dan senang. Beza memakai pakaian branded dan tiruan,. Katanya tiada beza antara memakai pakaian branded original / downtown punya kerana itu hak masing - masing. Kita tiada hak untuk menghukum dengan mengutuk mereka yang memakai pakaian downtown, Yes, hormat segala jenis orang kerana mereka juga manusia.
Hati terdetik untuk menilai diri sendiri, diri aku bukanlah senang sangat, sekadar lepas makan seharian. Terlintas kepada orang - orang yang lagi beruntung dari aku makan sedap hari - hari, di IG upload gambar makanan yang sedap - sedap, ada yang aku tak pernah makan and ada yang aku tak pernah tahu pun. Hati berbisik, 'aku mesti cuba semua makanan yang mereka makan' hati berbisik lagi ' cuba ukur baju di badan sendiri, kau makan pun harapkan duit pinjaman belajar bulan - bulan, kalau habis duit tu nanti kau nak makan apa? Jangan tamak. berjimat.' Sel otak mula berhubung dengan baik dan mencernakan nafsu rasa aku ini. 'Nantilah.. boleh hidup jugak tak makan makanan semua ini. Tapi malu bila orang tanya kita hanya mampu menggeleng, bila orang mula berborak tentang kesedapan makanan yang diratah mereka, menikus senyap kerana tak tahu nak bagi pandangan tentang kesedapan makanan mereka.' 
Biarkan, manusia cuba berpijak di bumi nyata, bukan di alam fairy tale. 
Sekali lagi otak teringat dengan si peminta sedekah, orang yang lebih susah dari aku, Ya Allah.. Ya.. aku seharusnya bersyukur dengan rezeki yang aku ada hari ini dan berusaha untuk menjadi lebih baik, bukannya mengeluh kerana mengeluh tidak membawa apa - apa makna. 
Sebenarnya, tiada beza antara burung terbang di langit dengan rumput yang melata di bumi kerana kita semua hamba Allah.Mungkin kita senang sekarang kerana harta ibu bapa kita, menumpang kesenangan mereka, tapi janganlah dilupa dengan orang lebih susah dari kita, jangan membanggakan diri dengan kesenangan yang ada sampai lupa pada orang sekeliling yang tidak seberuntung kita. 
Aku menulis bukan sesuka hati menembak mana - mana pihak tapi aku menulis kerana hati ini sedih menjerit keseorangan melihat kau yang melayan orang yang tidak seberuntung kau. Kata kau 'RM10 je pun, tu pun nak berkira', kata kau juga ' duit ciput nie pun nak berkira sampai gaduh - gaduh' kata kau' aku dalam bab duit tak pernah berkira, dorg nie berkira gila, padahal tak banyak mana pun'.
Check background korang rupanya dari family senang - senang, tak pernah rasa susah, patut la cakap macam tu, Alahai kesian kat abang kita yang nak balik duit RM10 tu instead of having party with them, RM10 tu boleh makan sampai dua tiga hari katanya, dia taknak buat party because he know how hard to get RM10. 
Kisahnya ~~~

Moral of the story: Janganlah kita fikir keadaan diri kita sendiri, cuba fikir keadaan orang lain yang mungkin nasib mereka tak sama dengan kita. Memanglah duit tak bawak ke mati, tapi at least kita tahu menghargai duit yang kita ada, bukan suruh simpan, banyakkan bersedekah, murah rezeki. Tapi nak buat makan - makan yang hati kita sikit pun tak setuju tu baik tak payah. Sekian~ . 
~Terima Kasih. ~

Assalamulaikum