Pages

nuffnang

Friday 3 January 2014

Planet Utarid dan Planet Pluto

Kerana kau masih ku cinta

Hidup kau ternyata lagi indah dari hidup aku, tiada apa yang harus kau takutkan. 
Hidup kau sempoi hinggakan kadang - kadang aku merasakan jurang antara kita terlalu jauh.
Hidup kau selalu mahukan yang terbaik membuatkan aku merasakan kekurangan aku terserlah jelas.
Hidup kau sentiasa memandang ke hadapan, membuatkan aku jauh ketinggalan dibelakang.
Hidup kau rules kau,tiada siapa boleh rules kau hinggakan aku merasakan aku tiada hak untuk bercakap perkara benar tentang kau.
Hidup kau, dunia kau membuatkan kita jauh tanpa sedar.

Hidup aku sangat simple hinggakan susah nak rapatkan jurang antara kita.
Hidup aku tidak memikirkan masalah - masalah yang datang dalam hidup aku menjadikan kita tidak sefahaman 
Hidup aku sentiasa nak berseronok meembuatkan hubungan kita sentiasa bagai telur di hujung tanduk
Hidup aku kadang - kadang mementingkan diri sendiri menjadikan kau berjauh hati
Hidup aku yang sentiasa fikir aku betul membuahkan pertengkaran hebat dalam hubungan kita.
Hidup aku, dunia aku menjauhkan kita tanpa sedar. 

Menyedari hakikat kau ibarat planet pluto yang sejuk beku hinggakan aku terpaksa berpakaian tebal hinggakan kau tidak lagi mengenali diri aku yang sebenar. Sukarnya menyentuh hatimu yang dingin, berkali aku mencuba meruntuhkan tembok ais di hatimu tetapi ia kekal menjadi ais dan peliknya ais tidak mencair walaupun utarid sekarang menumpang hatimu. Utarid, sedarlah habamu belum cukup kuat untuk mencairkan ais di hati pluto.
Dan aku ibarat planet utarid yang belum tentu akan membahagiakan mu dengan haba - haba yang aku bawakan. walaupun chemistry antara kita sudah kelihatan tidak begitu tertarik kerana kehadiran moleku - molekul yang tidak elok dan sedikit parasit dalam diri aku menjadikan diri kau rosak dek parasit dalam diri aku. Terlambatkah kiranya aku mahu menghakis semua parasit dalam diri kau wahai hamba Allah.?

Walaupun sedar akan jurang antara kita, aku merasakan kehadiran plane - planet lain di antara kita akan merapatkan kita. Wahai hamba Allah, tahukah engkau aku berusaha merapatkan orbit aku dengan orbit kau agar kita sentiasa dekat walaupun aku terkadang melalui orbit lain tapi teras planet aku still tertanam namamu hamba Allah. Walaupun orbit orang lain seindah musytari sekalipun aku tidak tertarik kerana hatiku cuba berada dekat dengan kau. 

Aku yang mengharapkan orbit kita tak tersasar jauh. Sekian.

Wednesday 1 January 2014

Tragedi Tahun Baru

Assalamulaikum . Hello people!!!!!


Well, its 2014 now and I'm still the same person as past year. (hehehe.. gedik nak update tahin baru jugak bile tengok orang update tahun baru) 
Well, macam - macam kita boleh tengok update kat FB pasal tahun baru, ada yang ucap Selamat Tahun Baru, siap speech berjela - jela pasal azam diri sendir. Tak kurang jugak yang keluar menyambut tahun baru di luar (aku tengok kat balkoni bilik yang dekat dataran merdaka je, nasib baik nampak.. kalau tak nampak memang tak tengok la jugak) cantik kan firework nie, best je temgok, ada macam - macam jenis pulak tuh, kaler tak payah cakap lah, memang cantik habisss.. *tiba - tiba semangat nak nyanyi lagu Katy Perry firework tuh. semangat jugak lagu tuh bagi aku la. hehe
Semua orang ada cara masing - masing sambut tahun baru yang aku rasa sebenarnya tak sambut pun takpe, tapi macam tradisi pulak kan sambut dengan firework nie, tapi semua nie depends kat individu tersebut la beliau nak sambut macam mana sekalipun asalkan tak melangar undang - undang Allah dan etc.
Tengah seronok melayan firework nie tibe - tibe dapat pm dari seorang kawan yang aku agak rapat jugak dulu and aku sebenarnya nak tegur dia bila nampak dia online FB, tapi entahlah rasa segan nak chat dia kat FB takot gangu kot.hehe. tapi dia mesej aku wish happy new year and blablabla lah. then aku pun reply hapy new year and blablabla jugaklah. Sebenarnya nak bagitau yang dia cakap mak dia baru lepas operate and dia tunggu mak dia kat hospital lah sekarang nie. And nak cakap semoga makcik diberikan kesihatan yang baik and get well soon makcik. (Sedekah Al-Fatihah dulu -.-' )
Dan jugak kepada dia, semoga kau sabar jaga mak kau, sabar dengan masalah yang kau tak dapat nak cerita abes dengan aku tadi, diberikan kesihatan dan kekuatan untuk jaga diri dan family kau. 
Akhir kata, Selamat tahun baru 2014 semua, semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas, semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah, tinggalkan semalam untuk meneruskan hari ini dan esok, tapi sesekali tolehlah semalam yang kau tinggalkan supaya menjadi pengajaran untuk hari ini dan esok. 

PS: untuk diri sendiri jugak. semoga kau tak mengulangi kesilapan yang lama min. Ayuh!!!
good luck people.