Pages

nuffnang

Friday 3 January 2014

Planet Utarid dan Planet Pluto

Kerana kau masih ku cinta

Hidup kau ternyata lagi indah dari hidup aku, tiada apa yang harus kau takutkan. 
Hidup kau sempoi hinggakan kadang - kadang aku merasakan jurang antara kita terlalu jauh.
Hidup kau selalu mahukan yang terbaik membuatkan aku merasakan kekurangan aku terserlah jelas.
Hidup kau sentiasa memandang ke hadapan, membuatkan aku jauh ketinggalan dibelakang.
Hidup kau rules kau,tiada siapa boleh rules kau hinggakan aku merasakan aku tiada hak untuk bercakap perkara benar tentang kau.
Hidup kau, dunia kau membuatkan kita jauh tanpa sedar.

Hidup aku sangat simple hinggakan susah nak rapatkan jurang antara kita.
Hidup aku tidak memikirkan masalah - masalah yang datang dalam hidup aku menjadikan kita tidak sefahaman 
Hidup aku sentiasa nak berseronok meembuatkan hubungan kita sentiasa bagai telur di hujung tanduk
Hidup aku kadang - kadang mementingkan diri sendiri menjadikan kau berjauh hati
Hidup aku yang sentiasa fikir aku betul membuahkan pertengkaran hebat dalam hubungan kita.
Hidup aku, dunia aku menjauhkan kita tanpa sedar. 

Menyedari hakikat kau ibarat planet pluto yang sejuk beku hinggakan aku terpaksa berpakaian tebal hinggakan kau tidak lagi mengenali diri aku yang sebenar. Sukarnya menyentuh hatimu yang dingin, berkali aku mencuba meruntuhkan tembok ais di hatimu tetapi ia kekal menjadi ais dan peliknya ais tidak mencair walaupun utarid sekarang menumpang hatimu. Utarid, sedarlah habamu belum cukup kuat untuk mencairkan ais di hati pluto.
Dan aku ibarat planet utarid yang belum tentu akan membahagiakan mu dengan haba - haba yang aku bawakan. walaupun chemistry antara kita sudah kelihatan tidak begitu tertarik kerana kehadiran moleku - molekul yang tidak elok dan sedikit parasit dalam diri aku menjadikan diri kau rosak dek parasit dalam diri aku. Terlambatkah kiranya aku mahu menghakis semua parasit dalam diri kau wahai hamba Allah.?

Walaupun sedar akan jurang antara kita, aku merasakan kehadiran plane - planet lain di antara kita akan merapatkan kita. Wahai hamba Allah, tahukah engkau aku berusaha merapatkan orbit aku dengan orbit kau agar kita sentiasa dekat walaupun aku terkadang melalui orbit lain tapi teras planet aku still tertanam namamu hamba Allah. Walaupun orbit orang lain seindah musytari sekalipun aku tidak tertarik kerana hatiku cuba berada dekat dengan kau. 

Aku yang mengharapkan orbit kita tak tersasar jauh. Sekian.

No comments:

Post a Comment