Pages

nuffnang

Wednesday 26 November 2014

Jauh itu....

Assalamulaikum 

Hati berbisik, kalam bertamu, jejari menari dipapan kekunci, jauh itu masa silam, tiada kenderaan yang boleh sampai ke masa silam, sabarlah wahai hati.

Hati, 
terlalu ketarakah kesilapan masa silammu,
Kerana pada siapa hendak hati mengadu,
Hati tabahlah menanggung dosa kesilapanmu,
Kerana hati milik seorang pendosa.

Hati,
Parah berdarah mengalir walaupun disedari, 
Ianya tidak akan mengubah sejarahmu,
Titik hitam tidak akan hilang walaupun dipadam,
Kerana hati terbekas kesan yang mendalam.

Hati, 
Jauh mana jarak kau melarikan diri,
Jauh mana kau cuba lupakan kesilapan diri,
Jauh mana kau mahu memulakan hidup baru,
Jauh mana kau mahu mencuba,
Sedarlah hati, kau seorang pendosa.

Hati,
Kesilapan seolah - olah mengejar kau,
Kejayaan seolah - olah mengejek kau,
Kehidupan seolah - olah membayangi kau,
Lantas, pada siap hati seorang pendosa mahu mengadu. 

Hati, 
Kerana kau hamba  Nya yang satu,
Kerana kau sujud pada Nya yang satu,
Kerana kau percaya pada Nya yang satu,
Ayuh hati,sucikan dirimu.

Hati,
Jika dikeji jangan dituruti,
Jika dihina jangan dibinasa,
Jika dicaci jangan membenci,
Jika dicerca jangan ditangisi
Kerana hati, kau diuji.

Hati, 
Biasakan telingamu mendengar kutukan,
Makananmu cemuhan orang,
Tidurmu berlapikan dosa silam,
Semoga ianya menjadi pengajaran

Hati,
Hiduplah dengan semangat barumu,
Hiduplah dengan lembaran baru,
Hiduplah dengan kisah yang baru,
Hiduplah dengan permulaan yang baru.

Kerana hati,
Neraca manusia tidak kemana,
Jalan yang satu menjadi pedoman,
Jangan diungkit kisah yang lama,
Semoga ia menjadi pengajaran.

No comments:

Post a Comment