Pages

nuffnang

Friday 12 December 2014

Klise sebuah kehidupan

Assalamulaikum

Hidup bukan seperti fairy tale yang kita selalu bayangkan indah belaka and yang paling penting the ending part always beautiful. Begitu juga dengan pengakhiran novel, sangat cliche dan boleh mengagak ending sesebuah novel kan?. 

Hidup kita adalah sebuah perjalanan. Perjalanan menuju ke sebuah destinasi dan pengembaraan ini akan berterusan sehingga kita tidak lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Dan perjalanan kita adalah proses pembelajaran yang akan menjadikan seseorang itu hamba Allah yang sejati. Hidup kita sentiasa ada pilihan, kita diberi hak untuk memilih jalan mana yang kita lalu sepanjang hidup ini. Jika tersalah pilih jalan gelap, bukan selamanya kita akan berada dalam kegelapan kerana kita diberi pilihan dan sentiasa boleh memilih. 

Hidup adalah pengalaman dan belajarlah dari pengalaman. Penulisan aku hanya untuk kau. Ya kau yang sedang berbahagia, bergelak ketawa, bersuka ria. Aku juga bergembira. Penulisan aku hanya untuk renungan masa hadapan, andai kata aku masih bernafas keesokan hari, kiranya aku masih boleh membaca karangan budak hingusan ini. 

Kerana kebahagiaan masa hadapan kita perlu korbankan rasa kita hari ini. Terlalu banyakkan aku meminta, ya, sering kali aku meminta untuk yang lebih baik dan hari ini aku dapat apa yang aku mahu. Kesakitan adalah kifarah untuk kita, bersyukurlah kerana masih hidup di bumi Allah ini. 

Kerana kau punya segalanya, kerana kau rasa sebuah perasaan yang indah, kerana kau tahu erti persahabatan. Aku tidak menyalahkan kau kerana aku pernah berada di tempat kau, Ya, mungkin aku hanya nampak kesalahan orang lain, tidak nampak kesalahan diri sendiri, tetapi semua ini adalah percaturan takdir. Hati menerima dengan terbuka.

Berbahagialah engkau wahai burung, terbanglah sebebasnya kerana tempat kau bukanlah di sangkar emas ini, tempat kau di langit yang tinggi, bebas terbang kesana sini, bersama siapa pun, tidaklah kau hanya mengikut. Ya, dulu mungkin aku sentiasa menjadi temanmu kesana sini kerana aku juga berkawan dengan burung sepertimu, tapi tidak hari ini. Hari ini aku belajar untuk melepaskan kau, aku tahu burung tempatnya bukan di sangkar. 

Ahhhh...burung merpatiku bulunya halus, rindu arwah atuk yang sukakan burung, yang sayangkan burung sampai sanggup bagi burung makan pisang daripada cucu dia yang comel nih. haisyhh.. 

Ingat, sebuah pengakhiran cerita adalah permulaan baru untuk kita. Chill . watlek, watpeace, keepcalm!

No comments:

Post a Comment